Tuhan wujudkan langit dan bumi.
Di bumi tempat tinggal manusia.
Diwujudkan sistem hidup sesuai untuk manusia.
Di bumi dicipta khazanah dan bahan-bahan mentah untuk keperluan manusia.
Hasil bumi untuk kehidupan manusia.
Hanya tinggal diusaha dan diproses sahaja.
Tuhan bagi ilmu kepada manusia untuk memprosesnya.
Hingga ia jadi harta manusia dan negara untuk keselesaan hidup mereka.
Begitulah Tuhan jadikan dunia tempat tinggal manusia sementara.
Selepas itu dimatikan manusia menuju ke Akhirat pula.
Apakah hidup manusia di dunia boleh buat sesuka hati sahaja?
Apakah hidup manusia sia-sia?
Apakah Tuhan hidupkan manusia kemudian mati begitu aja?
Apakah Tuhan hidupkan manusia sesuka hati tanpa maksud apa-apa?
Maha Suci Tuhan membuat kerja yang sia-sia tanpa makna.
Hidup manusia di dunia ada kerja besar dan ada perkara besar.
Di Akhirat nanti Tuhan akan tanya di waktu hidup di dunia.
Manusia akan kena jawab seperti yang Tuhan mahu.
Tidak dapat menjawab seperti yang Tuhan mahu nahaslah jawabnya.
Tidak dapat menjawab yang tepat Nerakalah tempatnya.
Berhati-hatilah hidup di dunia, hidup manusia tidak sia-sia, ada maksud.
Kenalah faham Al Quran dan As Sunnah akan ada jawapannya.
Awas! Kita manusia selepas mati akan ditanya.
Bolehkah kita menjawabnya?
No comments:
Post a Comment