MADAH baru 322


*M846*
Di akhir zaman, 
bulan Ramadhan meriah dengan makan minum serta ibadah lahir 
tapi hati manusia gelap gelita dengan mazmumah serta cintakan dunia. 

*M847*
Di akhir zaman, walaupun fizikal selalu saja berdekatan tapi hati berjauhan. 
Sebab itulah perpaduan payah hendak dicetuskan. 

*M848*
Barangsiapa menuduh seseorang itu bermasalah,
sedangkan dia bermasalah,
si penuduh itulah sebenarnya bermasalah. 

*M849*
Kalau kita rasa susahnya miskin,
terseksanya sakit, 
menderitanya ujian kesusahan
maka jangan kita suka kalau berlaku pada orang lain.  

*M850*
Pemimpin yang berkarisma serta banyak memberi manfaat kepada orang, 
pasti dia dikasihi kecuali orang yang hasad dengki sahaja yang membencinya.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah