*M831*
Buatlah persiapan untuk dunia yang sementara waktu dan buat persiapan untuk Akhirat sesuai pula masanya yang akan diukur dengan waktu lain.
*M832*
Barangsiapa yang membuat kebaikan kerana nama dan glamour, di waktu tidak boleh menempah nama dan glamour, dia akan menyesal dan kecewa dan dia akan berhenti membuat kebaikan.
*M833*
Orang yang tiada ilmu ketuhanan dan syariat-Nya, sekalipun dia sedar dan insaf ingin kepada Tuhan, namun demikian dia tidak nampak jalan kepada Tuhan, dia tetap sesat jalan.
*M834*
Kalau sama-sama ke masjid, sama-sama bersembahyang dan beribadah, tidak boleh disatukan hati dan fikiran, adalah mustahil di luar masjid boleh berlaku kesatuan jiwa dan fikiran.
*M835*
Kalau di dalam sembahyang tidak hadir rasa bertuhan adalah mustahil di luar sembahyang dapat melakukannya.
No comments:
Post a Comment