*M841*
Janganlah berpuasa
setakat tidak makan dan minum
tapi puasa jugalah hati dan fikiran daripada perkara yang sia-sia.
*M842*
Janganlah setakat memeriahkan masjid
tapi hati tidak dimeriahkan dengan zikrullah.
*M843*
Hidupkanlah hati di bulan Ramadhan dengan membesarkan-Nya,
tawadhuk dan khusyuk kepada-Nya,
rasa malu dan takut,
cinta dan rindu, menghina diri dan rasa lemah,
barulah bererti kedatangan Ramadhan.
*M844*
Bawalah badan ke mana-mana
tapi hati biarlah bersama Tuhan.
*M845*
Tidak ada erti apa-apa
ibadah di bulan Ramadan walaupun meriah,
kalau ibadah itu tidak dihayati.
No comments:
Post a Comment