Berfikirlah seperti yang Allah mahu.
Berperasaanlah seperti yang Tuhan setuju.
Berkehendaklah seperti yang Tuhan redha.
Ertinya fikiranmu, jiwamu dan nafsumu semuanya untuk Tuhan yang Esa.
Setelah tiga anggota batin itu selaras, semuanya bertindak mengikut kehendak Tuhan.
Maka jawarih ini mudah sahaja, ia sudah tentu taat setia.
Jawarih ini ia akan mengikut sahaja.
Tanpa bangkang dan tanpa bantah ia akan bersetuju sahaja.
Sikap begini adalah manusia luar biasa.
Inilah hamba Allah yang seluruh hidup dan matinya kerana-Nya.
Selaras dengan pengakuan di dalam sembahyang lima waktu.
Hidupku dan matiku adalah kerana Allah.
Oleh itu pimpinlah akal fikiran dengan ilmu wahyu.
Didiklah hati atau jiwa dengan rasa bertuhan.
Bermujahadahlah melawan nafsu, arahkan kemahuannya kepada Tuhan yang Esa.
Bersandarlah kepada pemimpin yang arifbillah.
Beristiqamahlah dan berdoalah kepada Allah.
Agar kita selamat menuju ke arah-Nya.
Insya-Allah hidayah dan taufik-Nya akan dianugerah dengan rahmat dan kasih sayang-Nya.
No comments:
Post a Comment