*M751*
Pemimpin-pemimpin negara, kalau sekadar membangunkan negara dengan bermacam-macam kemajuan kebendaan, banyak pemimpin yang boleh berbuat demikian.
Mendidik rakyat berkasih sayang satu sama lain, taat dengan Tuhan, ini adalah pemimpin pilihan Tuhan sahaja yang boleh melakukan demikian, seperti Sayidina Umar Abdul Aziz.
*M752*
Di antara sikap pemimpin yang sudah kehilangan wibawa tapi masih ingin mempertahankan jawatan yang ada, dia suka timbulkan isu baru.
Agar orang ramai dapat dipesongkan daripada mempersoalkan perkara-perkara yang sangat menyusahkannya, kepada perkara2 lain supaya orang ramai melupakannya, ertinya melupakan kelemahan peribadinya. Dan kalau ada kesalahan orang lain, dibesar-besarkannya supaya orang melupakan kesalahannya atau sengaja membuat tuduhan kepada musuh-musuhnya agar orang ramai marah kepada musuhnya itu, dengan harapan namanya naik semula atau orang menyanjung dia semula.
*M753*
Ada orang tunduk pada seseorang kerana kuasa, bukan kerana dari jiwa. Ada orang tunduk pada seseorang kerana kekayaan, bukan kerana suka. Ada orang tunduk pada seseorang kerana bangsanya, bukan kerana kebenaran nya. Ada orang tunduk pada seseorang kerana peribadinya dan kebenaran yang dibawanya. Yang keempat ini ialah orang atau pemimpin luar biasa.
*M754*
Orang yang kerana ada kekuatan dan kuasa, bila benci kepada seseorang, dia kuasai fizikal orang itu tapi tidak dapat menguasai hatinya atau batinnya.
Orang yang berkuasa itu sebenarnya lahirnya saja menang, batinnya kalah.
*M755*
Di antara keistimewaan kepimpinan Rasulullah Saw...
Rasulullah SAW tidak memberi pengikutnya kekayaan dunia, tidak memberi bintang kehormatan, tidak memberi projek itu dan projek ini, tidak memberi tender itu dan tender ini, tidak menjanjikan rumah besar dan kenderaan istimewa bahkan ada pengikut-pengikutnya yang asalnya kaya, jadi miskin kerana Rasulullah suruh korbankan.
Ada yang mengikut Rasulullah mati disamun, dipulaukan, dikurung, dibakar, dipisahkan dari keluarga, dirampas hartanya, meninggalkan kampung halaman, cacat anggota kerana di seksa.
Namun demikian ketaatan mereka kepada Rasulullah SAW tidak berbelah bagi, sangat setia, sabung nyawa pertahankan Rasulullah saw.
Tapi pemimpin-pemimpin negara terutama di zaman moden ini, pemimpin memberi kepada pengikut-pengikutnya bermacam-macam nikmat duniawi. Ada orang yang boleh menjadi kaya instant dibuat oleh pemimpin hingga golongan-golongan lain tersinggung dan sakit hati, terasa
dianaktirikan. Namun demikian pengikut-pengikut pemimpin itu tidak juga setia. Ketaatannya pura-pura, di belakang mengata, ada yang sanggup mengata berdepan-depan, ada yang berusaha menjatuhkan. Apakah rahsianya ini?
Rahsianya tidak lain tidak bukan ialah Rasulullah menanamkan iman di dada pengikutnya. Para pemimpin yang lain menanamkan kebendaan di dada pengikutnya.
No comments:
Post a Comment