MADAH baru 314


*M796*
Jika pertelingkahan dan perbalahan itu disebabkan salah faham, mudah diselesaikan, tapi yang sulit hendak diselesaikan kerana ada niat jahat dan kepentingan. 

*M797*
Manusia yang hidup di muka bumi Tuhan ini, tidak dapat elak daripada musuh, tapi jangan bermusuh-musuhan. 
Berjaga-jaga dari musuh tidak mengapa, tapi jangan berjaga-jaga untuk bermusuh-musuhan. 

*M798*
Kalaulah umat Islam itu bangun sahaja daripada tidurnya, selepas mengingati Allah, masing-masing berfikir untuk berkhidmat kepada manusia terutama kepada orang Islam, umat Islam akan selamat, kurang perbalahan, mudah orang kafir masuk Islam. 

*M799*
Berbincanglah atau bermesyuaratlah untuk membuat kerja, janganlah berbincang-bincang atau bermesyuarat tanpa kerja, ia mensia-sia masa yang sangat berharga. 

*M800*
Allah memerintah kita bermesyuarat, tapi bukan asyik bermesyuarat sahaja, selepas berazam, buatlah kerja, serahkan kepada Allah ketentuannya, apabila Allah telah menentukan, lapang dadalah menerimanya.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah