Khulafaur Rasyidin Tiada Tandingan



Khulafaur rasyidin, pemerintah yang adil tidak ada tandingannya selepas Rasulullah.
Mereka Sahabat besar Rasulullah, sangat berjasa pada dunia Islam dan menempa sejarah.
Jasa mereka sentiasa dikenang di sepanjang zaman oleh umat.
Dunia jatuh tersungkur di pangkuan mereka, namun hati mereka tidak jatuh cinta kepadanya.
Mereka tetap zuhud, mencintai Allah, mencintai Rasulullah, mencintai Akhirat.
Dunia Islam dibuka oleh mereka dengan tenaga, harta dan jiwa raga.
Mereka telah menjual dunia untuk Akhiratnya demi keredhaan Allah, Tuhannya.
Di malam hari bersama Tuhannya, menangis dan mengaku lemah, munajat serta mengaku bersalah.
Siang sibuk mengurus rakyatnya.
Jasa merekalah menjadi sebab Islam berkembang seluruh dunia.
Kita telah menerimanya bersama.
Sebab merekalah kita semua beragama Islam, rahmat dan nikmat paling besar dari Allah.
Mereka itu adalah kekasih Rasulullah, automatik menjadi kekasih-kekasih Allah.
Siapa mengasihi mereka, Allah Taala mengasihi mereka pula.
Mereka adalah lampu-lampu penduduk di langit.
Lampu dan cahaya bagi penduduk bumi.
Rakyat di zaman mereka mencintai mereka, mereka pula mencintai rakyatnya,
rakyat menjadi setia.
Di zaman mereka rahmat dan berkat dari Tuhan mencurah-curah bak cahaya bulan di waktu malam yang cerah.
Negara aman makmur, berkasih sayang, bahagia dan harmoni.
Jenayah terlalu sedikit, rakyat sangat patuh dengan Allah.
Pemerintah dan rakyat memiliki Allah.
Dunia yang mereka miliki tidak mempesona mereka.
Dunia merindui hidup seperti di zaman mereka.
Ketakutan, kebimbangan, curiga-mencurigai tidak ada.
Hidup macam satu keluarga, satu ibu dan bapa.
Berjalan ke mana-mana walaupun seorang diri tidak ada siapa yang mengganggunya.
Setiap musafir tidak membawa bekalan pun di dalam musafirnya, setiap rumah ingin menjadikan mereka tetamunya.
Kedatangan tetamu macam kedatangan keluarganya. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah