Selesa Tidak Mesti Tenang Dan Bahagia



Keselesaan hidup tidak mesti tenang dan bahagia.
Kesusahan hidup tidak mesti jiwa derita.
Keselesaan hidup hanya masalah luaran, bukan masalah dalaman.
Kesusahan hidup juga adalah perkara lahir, bukan batin.
Kesusahan lahir tidak mesti batin menderita.
Sepertimana kesenangan lahir tidak mesti mendapat ketenangan dan kebahagiaan jiwa.
Ketenangan dan kebahagiaan hanya dapat dirasa oleh jiwa manusia.
Keselesaan lahir hanya dapat dirasa oleh badan.
Kesempurnaan hidup kalau didapati kedua-duanya.
Tapi bukan senang untuk memperolehinya.
Kalau mendapat semuanya, itu luar biasa.
Jarang berlaku kepada manusia.
Kalaulah boleh memilih satu di antara dua, selesa badan dan tenang dan bahagia jiwa.
Pilihlah kebahagiaan dan ketenangan jiwa.
Kerana kebahagiaan dan ketenangan jiwa ada hubungan rapat dengan Tuhan Yang Maha Esa.
Keselesaan badan ada hubungan dengan harta dan kebendaan.
Kesenangan hanya sementara.
Sementara hidup di dunia yang fana ini.
Oleh itu carilah kesenangan yang kekal abadi.
Iaitu kesenangan di Akhirat sana.
Negara yang tidak diukur dengan masa lagi.
Iaitu selama-lamanya sepanjang masa. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah