Hati sangat perasa.
Jiwa sangat sensitif.
Roh mudah sangat tersentuh.
Merasa sensitif dan tersentuh, sama ada yang positifnya atau negatifnya.
Yang positifnya di antaranya suka, gembira, senang, rasa lapang, ceria, cinta, gemar, malu, sayang, simpati.
Di antara yang negatifnya marah, benci, sakit hati, jijik, susah hati, derita, tidak suka.
Setiap perasaan yang dirasa oleh hati atau jiwa, ada sebab-sebabnya.
Berlainan sebab, berlainan pula yang dirasa.
Rasa-rasa inilah yang datang kepada jiwa silih berganti tanpa kita duga
Tidak dapat kita menolak rasa-rasa itu.
Kalau hati kita dengan Tuhan tidak kuat atau tidak takut Tuhan, apa pun yang datang jadi bahaya.
Setiap yang positifnya pun bahaya, setiap yang negatifnya pun bahaya.
Datang yang positifnya ia jadi megah, riyak, sombong, bakhil, ujub.
Datang yang negatifnya ia akan jadi pendendam, kecewa, putus asa.
Oleh itu setiap yang datang hati merasa, kenalah kuat mujahadah.
Dengan mujahadah boleh dapat membendung perasaan-perasaan itu agar ia tetap normal.
Hati orang mukmin itu sentiasa normal.
Apa yang menimpanya dia tetap tenang.
Hatinya tidak berubah dikeranakan berubahnya perasaan.
Orang mukmin sentiasa boleh kontrol hatinya setiap masa.
Kerana hatinya terlalu sibuk dengan Tuhannya.
Rasa-rasa hatinya itu tidak sampai merosakkan hatinya.
Takutkan Tuhanlah anak kuncinya boleh membendung perasaan.
Begitulah hati orang mukmin.
Dia tidak tergugat oleh berbagai-bagai perasaan yang mendatang.
No comments:
Post a Comment