*بِسْـمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
وَبَرَكَاتُهُ*
Sekadar perkongsian peringatan khusus buat diri saya dan semoga dpt d munafaatkan kpd saudara mara & sahabat2 semua in shaa Allah
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ و بَارِكْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَجِيْدٌ.
🌷
*"ADA TUJUH JENIS PERSAHABATAN TETAPI HANYA SATU SAMPAI KE AKHIRAT"*.
Tuan-tuan dan Puan-puan pencinta Ilmu,
*1. TA'ARUFFAN*.
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di Restoran, Mall, Lapangan Terbang, Hotel, Hospital, Pejabat Pos, Bank, dan lainnya.
*2. TAARIIHAN*.
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
*3. AHAMMIYYATAN*.
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti ahli Masjid/Masyarakat, rakan bisnes, politik dan sebagainya.
*4. FAARIHAN*.
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, golf, badminton, memancing, melancong dan sebagainya.
*5. AMALAN*.
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek, akauntan, tentera dan sebagainya.
*6. ADUWWAN*.
Sahabat tetapi musuh, depan kita, bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita??. Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120).
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikan ku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukan ku, dia sebarkan."
*7. HUBBAN LIMAANAN*.
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza Wa Jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu, tetapi dia kasihkan sahabatnya; kerana Allah Ta'ala SWT jua.
Dari 7 jenis di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah SWT sebagaimana dalam firman Nya : *"Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan"*. (Surah Az-Zukhruf : 67).
Semoga kita semua bersahabat kerana Islam dan Taqwa serta Hubban Limaanan. InshaAllah.
Subhanallah!, semoga Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian ditinggikan ilmunya; diangkat darjatnya; dikabulkan cita-citanya; dibahagiakan keluarganya; dilapangkan rezekinya; diharumkan namanya; disetiakan cintanya; dipanjangkan umurnya dalam kejayaan DAN keberkahan hidup.
*آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآر آلٌعَآلَمِِيِن*
22 RabiulAwal 1443 H
29 Oktober 2021
No comments:
Post a Comment