Akibat lupa Tuhan Pemberi Nikmat



Setiap detik Engkau cucuri rahmat dan nikmat terhadap hamba-hamba-Mu.
Rahmat yang berbagai-bagai bentuknya dan nikmat yang bermacam-macam coraknya.
Sama ada yang bersifat maddi mahupun bersifat maknawi dan rohani.
Namun demikian ramai di kalangan hamba-hamba-Mu tidak menganggap dari-Mu.
Mereka menganggap segala-galanya dari kemampuan dan usaha-usaha mereka.
Kejayaan mereka, mereka berbangga dan sombong.
Mereka sungguh melupakan-Mu.
Nama-Mu terus dilupakan, jauh sekalilah Engkau disembah.
Seolah-olah mereka tidak perlu kepada-Mu.
Mereka menyangka boleh hidup dengan tenaga dan usaha mereka.
Patutlah Engkau berlepas diri daripada mereka.
Kerana kesombongan dan keangkuhan mereka.
Sekarang apa sudah jadi?
Mereka hidup huru-hara.
Hidup mereka derita dan sengsara.
Engkau datangkan berbagai bala dan Engkau turunkan bermacam-macam bencana.
Menjadikan nikmat yang mereka miliki itu tidak ada ertinya lagi. 
Moga-moga mereka sedar dan insaf.
Moga-moga mereka kembali mencari-Mu.
Mereka akan merasakan Engkau adalah diperlukan.
Engkau adalah segala-galanya.
Itulah sahaja jalan keluar buat mereka daripada derita dan sengsara.
Sebelum terlambat, sebelum ditangkap oleh malaikatul maut.
Segala penyesalan sudah tidak ada erti apa-apa. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah