Mengapa kecil sangat cita-cita kita?
Kenapa dibataskan perjuangan kita dengan wawasan yang ditentukan?
Dunia sudahlah singkat masanya.
Kemudian masa perjuangan kita disingkat-singkatkan pula.
Umat Islam mesti berjiwa besar dan bercita-cita besar.
Agar perjuangannya menjadi besar.
Perjuangan umat Islam amat jauh.
Kerana wawasannya jauh.
Iaitu wawasan Akhirat yang abadi.
Berjuanglah untuk persiapan wawasan Akhirat yang jauh.
Berilah ruangan yang luas untuk perjuangan yang luas.
Bangunkanlah kemajuan sepadan dengan wawasan.
Dirikanlah bangunan seimbang dengan wawasan yang kekal abadi.
Agar pahalanya besar, untuk wawasan yang besar.
Yang penting pada kita setiap pembangunan itu ibadah.
Setiap kemajuan itu pahala.
Ia jadi ibadah.
Justeru itu syariat kena jaga, diberi pahala pula.
Mengapa wawasan kita dibataskan?
Nabi ada bersabda, jika kita tahu besok Qiamat, hari ini kita menanam juga.
No comments:
Post a Comment