MADAH baru 315  



*M806*
Di akhir zaman, membangunkan Islam mesti digandingkan sama dengan kekayaan, baru boleh orang terima, kalau kekayaan sahaja pasti tersesat, kalau agama sahaja pasti tempang dan ditolak orang. 

*M807*
Agama yang berhubung dengan Allah semata, itulah aqidah dan ibadah, yang berhubung dengan manusia itulah dia syariat dan muamalat. 

*M808*
Keimanan, keamanan, ketenangan dan kebahagiaan adalah harta maknawi dan rohani yang tidak boleh dinilai dan tidak boleh ditukar ganti. 
Kemajuan dan pembangunan material adalah bersifat lahiriah yang membawa kemudahan, tidak menjamin membawa ketenangan. 

*M809*
Kemudahan hidup yang tiada ketenangan tidak ada erti apa-apa, ketenangan yang tiada kemudahan hidup, masih memberi erti kepada manusia, alangkah indahnya kalau dapat memiliki kemudahan dan ketenangan kedua-dua sekali. 

*M810*
Makan jangan sampai kenyang, membuat kerja apa sahaja jangan sampai jemu, badan ada hak setelah letih bekerja, berilah ia kerehatan, agar ia segar semula.

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ MADAH baru 315

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster