*M816*
Tajamkanlah akal dengan berfikir selalu.
Tajamkanlah jiwa dengan bersihkan selalu.
Tajamkanlah mata dengan prihatin selalu.
Tajamkanlah telinga dengan peka selalu. 
*M817*
Ukurlah perbelanjaan dengan keperluan, jangan ukur perbelanjaan dengan kemahuan dan padankan dengan pendapatan. 
*M818*
Kalaulah manusia itu boleh beramal dengan sebanyak ilmunya, masanya tidak ada rehatnya.  
*M819*
Cerita yang menarik itu orang tidak akan tertarik hati kalau menceritakannya tidak menarik perhatian, lebih-lebih lagi orang yang bercerita itu tidak ada tarikan.  
*M820*
Simpati adalah kerana kasihan, berkorban adalah kerana cinta, berbelanja adalah kerana tanggung jawab.
 

No comments:
Post a Comment