MADAH baru 316



*M811*
Kepandaian sahaja, belum boleh menyelamatkan diri seseorang, kalau tidak dapat hidayah dan taufik dari Tuhan. 

*M812*
Rasa kehambaan itu adalah indah, kerana kita terasa ada Tuan yang menjaga kita iaitu TUHAN. 
Kalau kita rasa ketuanan, kitalah sendiri yang menjaga diri kita. 
Kalau banyak perkara kita tidak dapat melindungi diri kita, kita akan kecewa dan putus asa. 

*M813*
Merendah diri bukanlah satu penghinaan kerana kita terasa ada pelindung iaitu Tuhan Yang Maha Kuasa.
Membesarkan diri adalah satu penghinaan kerana kita terasa tidak ada pelindung, kecuali diri kita sendiri, sejauh manalah kuasa kita? 

*M814*
Biarlah kita muda umur, jangan muda akal, jangan pula kita tua umur, muda akal. 

*M815*
Seseorang itu kita tidak dapat mengukur apakah dia pandai dan cerdik, kecuali setelah dia bercakap.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah