Cerita tentang Negeri Sembilan hebat 🤭



1) Di manakah bukit paling bahaya di Malaysia?
= Bukit Putus, Jalan Seremban - Kuala Pilah.

2) Di manakah tempat paling mencabar di Malaysia? 
= Air Panas, Pedas.

3) Di manakah tempat yang ada pantai tetapi tiada laut di Malaysia? 
= Pantai, Jalan Seremban - Kuala Klawang.

4) Di manakah sungai paling bersinar dan bercahaya di Malaysia? 
= Sungai Menyala, Port Dickson.

5) Di manakah parit paling tinggi di Malaysia? 
= Parit Tinggi, Kuala Pilah.

6) Di manakah tempat semua penduduknya pandai sahaja di Malaysia? 
= Kampung Sekolah, Ampangan.

7) Di manakah tempat yang selalu tiada orang di Malaysia? 
= Rantau, Seremban.

8) Di manakah terletaknya bukit yang paling senang didaki di Malaysia?
= Bukit Tangga, Jalan Seremban - Jelebu.

9) Di manakah kawasan tinggi yang terdapat paling ramai datuk di Malaysia?
= Gunung Datuk, Rembau.

10) Di manakah tempat yang paling banyak sayur di Malaysia? 
= Labu dan Lobak, Seremban.

11) Di manakah tempat menunggu paling lama di Malaysia?
= Seri Menanti, Kuala Pilah.

12) Di manakah tempat semua penduduknya jujur di Malaysia?
= Ulu Bendul, Kuala Pilah.

13) Di manakah terdapat pasir paling panjang di Malaysia?
= Pasir Panjang, Port Dickson.

14) Di manakah kawasan setiap petang tidak pernah hujan di Malaysia?
= Kampung Rembang Panas, Juasseh.

15) Di manakah tempat terdapat ramai orang kuat dan berani di Malaysia?
= Taman Satria, Senawang.

16) Di manakah terdapatnya gunung yang tiada pokok?
= Gunung Pasir, Kuala Pilah.

17) Di manakah terletaknya bukit yang paling kaya di Malaysia?
= Taman Bukit Intan, Kuala Pilah.

OSAH HEBAT EH NISMILAN NI TEKAU EH 😄😄
Kredit : Norzalina Abu Bakar Ainnur Via
SEY OGHANG PILAH
Kredit foto:
Peta-hd.com

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah