*M821*
Luruskanlah perjalanan lahir dan batinmu kerana jalan Allah adalah lurus.
*M822*
Jalan syaitan dan kekufuran itu banyak, pilihlah mana satu yang hendak ditempuh tapi jalan Tuhan itu hanya satu, tidak ada pilihan, kalau tidak boleh menempuhnya pasti terpilih salah satu jalan syaitan dan kekufuran itu.
*M823*
Dosa-dosa adalah najis maknawi dan rohani seperti juga najis lahir, membersihkan dan mensucikan najis lahir lebih mudah daripada membersihkan najis maknawi dan rohani.
*M824*
Rintihan hati orang yang berdosa itu sangat dikasihi oleh Allah, air matanya boleh menggugurkan dosa-dosanya, basahnya air matanya boleh memadamkan api Neraka.
*M825*
Alangkah malangnya orang yang menyembah Allah dan mengikut syariat-Nya sudah tidak lagi rasa takut dan berdosa kepada Tuhannya, kerana dia telah mencabut rasa kehambaan di dalam hatinya, Nerakalah padahnya.
No comments:
Post a Comment