Tuhan Hiburan Buat Mukmin Yang Bertaqwa



Ada orang di waktu ada masalah, hati gelisah
Untuk ketenangan, berhibur dengan pemandangan yang indah
Itu bukan caranya menghilangkan kegelisahan jiwa, 
Melupakan sebentar masalah, kegelisahan tetap terpendam di hatinya
Selepas pemandangan hilang, masalah dan gelisah subur semula
Ada orang untuk menghilangkan tensionnya, pergi ke tempat-tempat hiburan
Katanya hendak hilangkan ketegangan fikiran, ringankan penderitaan jiwa
Itu hanya menyembunyikan penderitaan buat sementara, kita tidurkan dia
Ia boleh lupakan kita sementara dan melupakan penderitaan jiwa seketika
Apabila hiburan hilang, penderitaan jiwa datang semula
Tidak kurang juga ada orang yang jiwanya tidak tenang, dia pun menonton filem
Katanya untuk menghilangkan tekanan jiwa, mencari ketenangan konon
Selesai sahaja menonton filem, tekanan jiwa menerkam jiwa semula
Mungkin jiwanya bertambah derita
Begitulah dia lakukan berulang-ulang untuk menyelesaikan masalah jiwa
Lupa sekejap, kemudian menderita semula
Jiwa derita atau gelisah bukan boleh diubat dengan perkara-perkara luaran
Ubatnya ada di dalam jiwa manusia
Hubungkan hati dengan Tuhan, suburkan rasa kehambaan di dalam jiwa
Itulah ubatnya
Fahamkan kerja Tuhan terhadap kita
Jiwa akan tenang semula, gelisah akan reda
Tuhan adalah hiburan buat Mukmin yang bertaqwa
Hiburan luaran adalah hiburan yang sementara dan menipu daya
Melupakan sekejap masalah, selepas itu resah gelisah semula
Kalau diteruskan tanpa pandai mencari ubatnya, jiwa yang derita
Akhirnya mungkin gila, atau kecewa, akibatnya putus asa
Setengah orang membunuh diri jalan penyelasaiannya
Oleh kerana jahil, dia cari jalan yang mudah dan bodoh
Lari daripada penderitaan hiburan buat Mukmin yang bertaqwa kecil, 
Masuk kepada penderitaan yang  maha besar,
Iaitu Neraka

Wal'iyazubillah

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah