Jauhilah Dosa



Jauhilah dosa!
Dosa adalah kemurkaan Tuhan
Tinggalkanlah dosa kerana ia adalah hijab di antara hamba dengan Tuhan
Larilah dari dosa!
Kerana ia menghijab rahmat dari Tuhan
Jangan sekali-kali buat dosa
Di dalam perjuangan terhijab bantuan
Kita akan berhadapan dengan dua kehinaan
Kemurkaan Tuhan dan kekalahan
Orang yang berdosa
Orang yang sedang karam di dalam lautan
Bukan senang hendak diselamatkan
Orang yang berdosa
Seperti ular besar yang sedang membelit seseorang
Menunggu hendak ditelan
Orang yang berdosa
Laksana singa yang galak hendak menerkam
Bukan senang hendak lepaskan diri dari cengkamannya
Orang yang berdosa
Seorang yang sedang dipeluk oleh seseorang yang hodoh
Seluruh badan penuh dengan kudis
Nanah dan darahnya sedang mengalir dengan ulat-ulatnya yang menjijikkan
Baunya terlalu busuk, meloyakan tekak dibuatnya
Sekali-kali jangan buat dosa
Ia adalah perbuatan hina dan sangat memalukan
Mungkin amal ibadah kita tidak ada nilainya di sisi Tuhan
Tidak mengapa amal ibadah yang sedikit tapi tidak buat dosa
Allah Taala tetap redha
Apa ertinya ibadah banyak bersama dosa
Tuhan tetap murka

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah