M36
Seseorang itu menemui cintanya di waktu sunyi dan berdua-duaan, di situlah dia hendak melepaskan rasa cintanya
Begitulah kalau seorang itu menjadikan Allah cinta Agungnya, tentu dia suka bersunyi dengan Tuhannya seperti di malam sepi.
Di waktu itulah merintih, memuja, mengadu kepada cinta agungnya.
Jika sepanjang malam seseorang itu membuat tahi mata membuta bukanlah Allah cinta Agungnya, ada selain Allah cinta agungnya
M37
Biasanya seseorang itu jika terlalu cinta kepada isterinya atau kepada seseorang dengan mendalam sangat dia jaga perasaan isterinya atau cintanya.
Apa yang diminta diadakannya, bahkan yang tidak diminta pun diberinya, arahannya dipatuhi, janjinya ditepati.
Begitulah juga hamba Allah yang sangat cinta kepada-Nya, apa yang diminta ditunaikannya, bahkan yang tidak diminta pun dibuatnya, seluruh arahan-Nya dikerjakannya, segala yang dilarang ditinggalkannya, dicari- carilah apa yang diredhai-Nya, takut sekali kalau terlanggar apa yang dibencinya.
Begitukah kita!!
M38
Daripada meratapi keluarga yang mati atau yang terpisah daripada kita, lebih baik meratapi diri kita sendiri apakah dosa kita diampunibAllah dan amalan kita diterima-Nya.
M39
Buatlah baik tapi lupakan saja kerana kita belum tentu diterima
Buat jahat jangan dilupakan, agar kita bertaubat, kerana kejahatan itu akan dihukum di akhirat.
M40
Berbuatlah kebaikan tapi jangan mengaku baik.
Kalau kita buat vaik mengaku jahat lebih baik daripada mengaku baik.
No comments:
Post a Comment