MADAH baru 19


M76
Kalau rasa bertuhan tidak wujud di dalam hati ketika berada dimana-mana, apatah lagi yang dapat membendung manusia daripada sifat-sifat mazmumah, seperti sifat-sifat sombong,pemarah, hasad, dendam dan lain- lain lagi.
Mazmumah itulah puncak penyakit masyarakat. 

M77
Cuba saudara dan saudari,tuan puan gambarkan orang yang hidupnya begini, di pejabat atau di tempat kerja dileter oleh bos, di rumah dileteri oleh isteri, di dalam perjalanan bertikam, dengan pemandu kenderaan yang tidak bertimbang rasa, bila ada masalah tidak ada tempat hendak mengadu, kalau mengadu, jadi bahan cerca dan perli, iman lemah pula di dada atau tiada kesabaran, redha jauh sekali.
Kita rasa orang ini sudah berada di ambang pintu neraka. 

M78
Apabila hilang malu, benteng diri manusia telah roboh, segala gejala buruk mudah sahaja menyerangnya 
Di waktu itu setiap perkara yang malu dilihat pada tubuh manusia akan didedah secara dihias, dan akibatnya kerangsangan manusia lain, maka penyakit hilang malu ini akan menular merata masyarakat, maka punahlah akhlak, terkuburlah satu bangsa.

M79
Orang yang melupakan Allah itu, sentiasa gelisah, mudah marah, gopoh bertindak, sentiasa tidak puas, mudah buntu, selalu kecewa, mudah putus asa, sekalipun di dalam kemewahan dan serba ada. 

M80
Orang yang selalu jiwanya tak tenang ialah orang  pemarah,pendendam, rasa tidak cukup, hasad dengki, memikirkan masa depan yang belum terjadi, tidak sabar, lupa tentang qadha dan qadhar dari Allah, tidak percaya dengan orang.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah