MADAH baru 22


M86
Jika kita mengingati dosa, tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

M87
Jika kita selalu mengingati dosa kita, kita tidak nampak dosa orang lain, apatah lagi hendak menceritakannya.

M88
Jika kita membuat dosa, tidak terasa berdosa kita telah membuat dua kali dosa, satu kerana dosa yang dibuat,kedua dosa kerana tidak merasa berdosa.

M89
Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa, sekalipun kita tidak nampak dosa kita, apatah lagi jika nampak, agar kita dapat mengekalkan sifat kehambaan, yang kita ini memang hamba.

M90
Kalau orang telah mengabaikan dosa-dosa lahir, dosa-dosa batin lebih-lebih lagi terabai.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah