NASAB SHAIKH ASHAARI bin MUHAMMAD AT TAMIMI

*1. NASAB IBU BAPA*
Melalui salasilah bapanya, Ashaari bin Muhammad bin Idris bin Ali@Malek bin Abdul Kadir (Bani Tamim).  
Diceritakan oleh bapanya, Muhammad bin Idris, bahawa moyang Ustaz Ashaari yakni, Haji Ali datangnya dari Yaman, dari keturunan Bani Tamim.

Melalui salasilah ibunya pula, Ashaari bin Maimunah binti Ilyas bin Umar (ahlul bait Quraisy dari Bani Hasyim).

*2. IBU USTAZ ASHAARI DAN SHEIKH SUHAIMI ADALAH SEPUPU*
Maimunah, ibunya adalah sepupu kepada Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi, ahlul bait yakni dari keturunan Rasulullah SAW. Ertinya mereka (Muhammad bin Abdullah  & Maimunah) adalah dari satu datuk (Mbah Umar) yang mana bapa atau ibu mereka berdua adalah adik-beradik.

*3. MOYANG USTAZ ASHAARI ADALAH MBAH UMAR - DARI SEBELAH IBU (MERANGKAP DATUK SHEIKH SUHAIMI )*
Mbah Umar yang datang dari Wonosobo, Indonesia, sebenarnya berdarah Arab Syria yang tinggal di Hadramaut. Beliau & keluarga berhijrah ke Timur untuk menyelamatkan diri dari serangan kaum Wahabi di Hijjaz. Berketurunan Rasulullah SAW. 

Mbah Umar 'Sutardono' @ Sheikh Umar bin Abdur Rahim. Seorang pejuang  kemerdekaan di zaman Pengiran Deponegoro.

Beliau pernah ditangkap untuk digantung hingga mati oleh seorang Jeneral Belanda.

Di tengah khalayak ramai, kepala Sheikh Umar telah dibungkus dengan kain sarung lalu dihukum gantung.

Setelah selesai hukuman gantung dijalankan, sarung pun dibuka. Namun betapa terkejutnya orang kerana yang telah mati digantung adalah Jeneral Belanda tadi.

Sedangkan, Sheikh Umar sendiri tiba-tiba kelihatan sedang berada di tengah-tengah orang ramai yang sama-sama menyaksikan peristiwa itu!

*4. HAJI IDRIS DATUK KEPADA USTAZ ASHAARI DARI SEBELAH AYAH*

Muhammad bin Idris. Nama Almarhum Idris masih meniti di bibir warga Wonosobo hingga saat ini. Beliau seorang soleh yang sangat warak,

*Antara karamahnya*
- Jika beliau ke sungai, buaya-buaya hormat kepadanya dan beliau dapat meniti buaya-buaya itu untuk merentasi sungai,

- Antara karomahnya, Almarhum Idris dapat membuat sesuatu kerja dengan cepat. Walau dia lewat ke sawah tetapi dalam masa sekejap sahaja dia telah dapat menyiapkan berjalur-jalur padi. Idris hanya turun ke sawah pada satu waktu malam dan pada keesokan paginya, semua batas sawahnya siap ditanam padi. Orang kampung mengulas…

_”Begitulah orang-orang Allah bekerja dengan bantuan Allah.”_

- Jikalau Idris hendak menyembelih ayam, ayam tersebut akan datang sendiri kepadanya, malah beliau dapat berkomunikasi dan memahami bahasa ayam-ayam tersebut.

Pernah berpesan kepada Muhammad sebelum Muhammad berpindah ke Tanah Melayu, "Jika kau hendak berkahwin nanti pilihlah dari belahan Syeikh Suhaimi, Insya Allah kamu akan selamat dunia dan akhirat." 

*5. HAJI ILYAS BIN UMAR - DATUK KEPADA USTAZ ASHAARI DARI SEBELAH IBU.*

Haji Ilyas adalah seorang negarawan berkarier petani, yang bersungguh-sungguh melawan Belanda hingga sangat dimusuhi sebagaimana ayahnya, yakni Mbah Umar. Hj Ilyas yang terus-terusan diburu Belanda melarikan diri  dari Senggarang dan bersembunyi di Sumberjo sebuah kawasan pergunungan terpencil di Wonosobo dengan suhu purata 15°C. 

Lahir empat anak di situ dan atas ilham yang diterimanya, beberapa anaknya diarah pindah ke Johor termasuk Ibrahim & Maimunah sebelum mereka berdua berpindah ke sebuah kawasan terpencil di Pilin, Rembau, Negeri Sembilan, atas ilham juga.

Yakni, ibu Ustaz Ashaari itu berhijrah bersama abangnya, Ibrahim ke Tanah Melayu dari Pulau Jawa, atas arahan ayah mereka, Ilyas.

Semasa itu Sheikh Suhaimi (yang sekali sekala dari Singapura datang ke Wonosobo) juga mengarahkan seorang Khalifahnya bernama Kiayi Shahid bin Musyarif (juga berhijrah dari Jawa) untuk berpindah dari Bukit Gambir, Johor ke satu daerah sunyi bernama Pilin di Negeri Sembilan, menunggu seseorang yang bakal dilahirkan bernama Ashaari. 

Lalu dipendekkan kisah, akhirnya, Maimunah binti Ilyas  - belahan (sepupu) dari Sheikh Suhaimi, yang bertatus janda kematian suami semasa itu, akhirnya dijodohkan Allah dengan Muhammad bin Idris, dan seterusnya lahirlah Ashaari bin Muhammad di Pilin, Rembau, Negeri Sembilan. 

Wasalam...

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah