Apabila Allah telah murka pada seseorang,
Selalu dia melupakan dosa
Apabila membuat dosa, jiwa tidak menderita
Apabila membuat baik kecil sahaja, terasa besar
Membuat kebaikan berat terasa
Apabila membuat kesalahan, tidak terasa apa-apa
Kalaupun teringat, mudah sahaja padanya
Allah Maha Pengampun
Mudah sahaja meringan-ringan dengan dosa
Setiap percakapan, sikap, perbuatan nampaknya sombong, tapi tidak terasa
Apabila diingatkan, mengapa tidak buat begini dan tidak buat begitu
Ada sahaja jawapannya
Jawapan hendak mengelak, bukan hendak bertindak
Dengan syariat, makin ke hujung, makin longgar
Dengan anak-anak dan isteri, masing-masing jaga diri
Kuliah-kuliah, nasihat, usrah-usrah di rumah sudah tiada lagi
Tapi rajin membuat motivasi di luar rumah
Kalau orang tidak tahu, wah.. dia pejuang yang gigih
Anak-anak isteri terbiar, bertempiaran tidak tentu arah
Itulah tandanya membuat motivasi kerana kehidupan
Bukan kesedaran beragama, untuk keredhaan Tuhan
No comments:
Post a Comment