MADAH baru 1

 

1. Ilmu yg didapati melalui saluran akal terasa letih
Adakalanya terasa jemu
Tapi ilmu yang didapati mengikut saluran hati
Tidak jemu dan tidak letih
Bahkan terasa indah dan tenang.

2. Rahsia hati orang yang bersih itu atau yang diberi berkat, kalau diceritakan kepada ulama lahiriah atau ulama materialistik
Dia akan menolaknya atau akan membuat bermacam-macam tuduhan
Kerana mereka itu Allah beri hanya melihat dengan mata sahaja
Tidak dengan hati

3.Biasanya setiap yang dapat dinilai oleh mata 
Lebih mudah dibuat
Daripada yang dapat dinilai oleh hati

4. Memikirkan kebaikan lebih mudah daripada membuat kebaikan
Membuat dan menjiwai kebaikan lebih susah lagi daripada itu

5. Jangan kaki sahaja yang mengembara tapi hati tidak mengembara
Jangan kaki sahaja yang berpijak di bumi tapi fikiran tidak berpijak di bumi

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah