MADAH baru 7


M16
Janganlah jadikan Allah itu tempat mendesak tapi , jadikan ia tempat kita merendah diri, inginkan pimpinan, mengaku bersalah, mengaku lemah. 

M17
Selalu orang menangis kerana suami kurang simpati, isteri tidak menghormati suami,miskin papa orang tidak peduli, kena marah oleh ibu ayah, suami, bos tidak bertimbang rasa, sakit yang serius, kematian orang yang disayangi.
Jarang orang menangis kerana dosa dengan Tuhan, keterlanjuran dengan orang, tidak dapat melaksanakan hukum Tuhan,amalan yang dibuat apakah diterima oleh Tuhan atau sebaliknya.

M18
Kalau kita orang yang mewah janganlah kita berbangga
Allah boleh ambil sekelip mata.
Kalau kita orang yang susah janganlah bersedih, Allah hendak meringankan bebanan kita dan Allah boleh memberi bila-bila masa .

M19
Berzikir menyebut nama Allah, yang bermacam-macam sifatnya, dengan tujuan agar rasa bertuhan itu benar- benar menghayati hati ( menghidupkan hati).
Moga- moga dengan itu akan menyuburkan rasa kehambaan di dalam hati supaya dengan itu akan menghilangkan sifat sombong, pemarah, hasad, dendam, dan lain-lain lagi.

M20
Mukmin sejati(orang bertaqwa) selalu lapang dada, orang bersalah dengannya dimaafkan, dia bersalah kepada orang dia meminta maaf kepadanya, ujian yang tiba sabar menerimanya, ketentuan Allah dia redha, orang jahat didoakan agar mendapat hidayah, orang baik disokongnya, waktu susah dan senang sama saja, sepertimana dia diziarahi orang dia juga suka menziarahi, dengan orang Islam selalu baik sangka.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah