Islam adalah selamat dan menyelamatkan
Setiap orang disuruh menyelamatkan diri daripada sebarang kemungkaran
Juga disuruh orang lain selamat daripada kemungkaran
Kerana itulah disuruh nasihat-menasihati
Setiap orang tidak dibenarkan diganggu dan tidak boleh pula mengganggu orang
Setiap orang tidak boleh melakukan gejala masyarakat kerana ia menyusahkan
Kalau ada orang yang berbuat, perlu mendapat teguran
Jika mereka melakukan juga, perlu dihalang, tidak boleh dibenarkan
Keselamatan umum kenalah setiap orang menjaga dan bertanggungjawab
Kerajaan bertanggungjawab rakyat juga ikut bertanggungjawab
Jaga-menjaga daripada sebarang gejala yang merosakkan kehidupan dan perpaduan
Yang merosakkan itu adakalanya sistem yang dilagang
Adakalanya masyarakat rosak oleh sistem tapi tidak perasan
Sistem yang merosakkan sangat tersirat, payah dikesan
Kerana itulah melahirkan sistem kenalah berhati-hati, jangan sampai merosakkan
Kerosakan masyarakat hingga tergugat keselamatan kerana sikap setiap orang
Sikap jahatnya itulah membawa kerosakan di dalam kehidupan
Di sini baru kita faham, keselamatan tergugat ada dua sebab
Sebab sistem dan sebab sikap perangai buruk orang ramai
Apabila keselamatan tergugat, hidup huru-hara dan bencana
Huru-hara adalah melahirkan kegelisahan dan ketakutan
Semua golongan mendapat kesusahan dan penderitaan
Jagalah keselamatan umum, agar masyarakat aman dan tenang
Buatlah sistem yang selamat dan menyelamatkan
Bersikap baiklah agar ia selamat dan menyelamatkan kehidupan
Kalau sikap dapat dibetulkan dan sistem itu baik, dapat mengawal keselamatan
Sungguh indah hidup ini, sungguh bahagia jiwa rasanya
Marilah kita jadi manusia selamat dan menyelamatkan
Dengan cara membaiki diri dan sistem yang sudah rosak ini
No comments:
Post a Comment