Konsep Ibadah Sudah Terpesong


Konsep ibadah sudah terpesong daripada makna asalnya
Tujuan ibadah, terutama sembahyang, hendak menebalkan rasa kehambaan
Ibadah dibangunkan supaya subur rasa rendah diri, takut, malu, rasa bertuhan, rasa lemah, 
Harap, rasa diawasi. rasa dikuasai. rasa hina, rasa dilihat, rasa didengar
Apa yang telah disebutkan tadi sebahagian sifat-sifat kehambaan
Kalau dari perbuatan ibadah tidak lahir rasa kehambaan,
Bilakah lagi seorang hamba hendak merasa perasaan hamba di dalam jiwa?
Di masa bemiaga, di masa bertani, di masa pejabat, di masa berjalan
Sudah tentu tidak mungkin dapat menajamkan rasa kehambaan
Jika ibadah tidak menyuburkan rasa kehambaan, 
Ibadah tidak akan memberi kesan
Ibadah yang tidak berkesan tidak akan melahirkan akhlak yang mulia, sekalipun banyak ibadahnya
Ibadah yang tidak berkesan tidak akan merubah perangai buruk kepada baik
Mengapa ibadah tidak berkesan ?
Ada beberapa sebab, di antaranya ibadah itu tidak dihayati makna dan perbuatannya
Hanya jadi latihan fizikal sahaja
Ibadah itu dibuat dengan tujuan pahala atau fadhilat, kerana Syurga takut Neraka
Bukan tujuan mengabdikan diri kepada Tuhan sebagai seorang hamba
Tidak hairanlah orang yang beribadah masih mengumpat, menipu, rasuah, menghina,pemarah, 
Hasad dengki, tamak, bakhil, tidak sabar, tidak berkasih sayang, tidak redha, tidak pemaafdan lain-lainnya
Ada lagi cara Tuhan hendak merasakan hamba itu rasa kehambaan
laitu ujian-ujian yang berbagai-bagai bentuk dan ragam
Di antaranya sakit, miskin, bencana alam, orang benci, harta kena curi dan lain-lain lagi
Supaya hamba itu rasa lemahnya diri, tidak ada kuasa, tidak mampu menolak yang dibencinya
Tidak mampu menolak takdir Tuhan
Terasalah Tuhan itu Maha Berkuasa, Maha Hebat, yang patut ditakuti
Tapi dari ujian yang bermacam-macam ragam tidak melahirkan sifat hamba
Mengapa?
Kerana tidak kenal Tuhan, tidak kenal peranan Tuhan
Tidak ada ilmu tentang Tuhan, tidak tahu hikmahnya perbuatan Tuhan
Maka sebab itulah daripada ujian boleh tidak mampu bersikap seorang hamba
Ibadah pun tidak memberi kesan yang positif kepada peribadi
Ujian pun demikian juga, tidak mendidik manusia
Kerana kedua-dua aspek tadi sudah disalah erti
Ibadah dengan tujuan melahirkan rasa kehambaan bukan untuk mendapat pahala
Ujian dengan tujuan didikan dan keinsafan bukan untuk kecelakaan


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah