M21
Sekiranya seseoRANG dan rasa senang dengan kejian, rasa kehambaan benar-benar menghayati jiwanya.
M22
Setiap orang itu dikatakan pemurah tidak sama ukurannya diantara satu sama lain.
Perbuatan yang sama diantara beberapa orang di dalam mengorbankan harta, setengah orang sudah boleh dikatakan pemurah, tapi pada orang lain belum boleh dikatakan pemurah kerana kemewahan dan kesenangan diantara satu sama lain tidak sama.
M23
Kita jangan terlalu bangga dengan jawatan tinggi, harta yang banyak, kemajuan yang pesat, kerana tidak tahu apakah Allah menganugerahkan itu semua dengan rahmatNya atau dengan istidrajNya.
Diberi dengan rahmat ertinya diberi dengan kasih sayang.
Diberi dengan istidraj ertinya diberi dengan penipuan dari Allah atau kemurkaan dari Allah.
M24
Sekiranya kita serba mewah kerana gaji lumayan, perniagaan besar, jawatan tinggi, serta kemudahan ada di tangan janganlah kita bersenang hati, insyaflah!
Kita berada dalam kekuasaan Tuhan bila-bila kita boleh dimatikan, sekelip mata kemewahan kita Allah boleh ambil.
Oleh itu hendaklah kita sentiasa takut dengan Tuhan, taati Dia, bersyukurlah kepadaNya agar kita sentiasa berada di dalam keredha-anNya selepas itu hendak jadi apapun tidak mengapa.
M25
Dahulukanlah hak Allah, kemudian hak manusia, selepas itu barulah hak kita begitulah yang dituntut oleh syariat kita. Siapa yang boleh melakukannya dia adalah orang yang pandai hidup
No comments:
Post a Comment