Tuhan Adalah Matlamat Manusia


Tuhan adalah matlamat manusia
Untuk dicintai dan ditakuti
Kerana itulah, buatlah apa sahaja dengan tujuan keredhaan-Nya
Syariat adalah jalan menuju keredhaan-Nya
Lantaran itu, jadikanlah syariat sebagai jalan menuju kepada Allah
Oleh itu tempuhlah syariat sebagai jalan
Berhati-hatilah menempuh jalan agar tidak tersalah langkah
Jika terjadi malanglah, tidak akan dapat berjalan menuju Allah
Syariat adalah bersifat maknawi dan rohani
Mata tidak nampaknya, yang melihat akal dan hati
Kalau akal berfikiran salah, hati pula telah buta
Bagaimana jalan itu dapat dilalui dengan lurus dan terus
Barang-barang yang dibawa sebagai alat atau benda-benda yang berharga banyak pula
Ilmu yang kerana Allah, dan ilmu untuk perhubungan kasih sayang sesama manusia
Harta kekayaan selain kerana Allah, adalah penghubung kecintaan sesama hamba Allah
Tenaga yang dikorbankan untuk Allah, dan juga tenaga sebagai penghubung kasih sesama insan
Begitulah seterusnya setiap milik kita yang dimiliki kerana Allah
Apa yang dimiliki itu jugalah dimanfaatkan untuk makhluk Allah di dunia
Itulah caranya bagi orang yang menjadikan Allah Taala matlamat hidupnya
Agar Tuhan redhai mereka dan mereka meredhai-Nya
Redha-meredhai di antara Khaliq dan hamba-Nya

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah