Buat Kerja Kerana Allah

Membuat kerja dengan terpaksa memang menderita
Bahkan menjemukan dan mudah meletihkan
Seperti membuat kerja yang dia tidak suka
Tapi dipaksa membuatnya
Atau kerja itu tempat dia dapat gaji sedangkan hati tidak suka
Kalau dia kerja bertahun-tahun lamanya
Akan kelihatan nanti umur muda tapi muka nampak tua
Mudah bencinya dan boring dengan kerja
Jemunya menghilangkan kebahagiaan jiwanya
Biasanya ini akan membangunkan emosi manusia
Mudah marah-marah, mudah tersinggung dengan manusia
Kerana itulah buat kerja biarlah kerana Allah
Buat kerja itu untuk keredhaan
Rasakan di situlah ibadah tambahan kita
Buat kerja kerana Allah tidak jemu, bahkan menggembirakan
Adakalanya telah meletihkan badan tapi jiwa masih tahan
Begitulah kerja dengan Tuhan, tidak menjemukan
Kerja dengan manusia menjemukan
Jiwa gelisah, resah dan parah
Hilang ceria di muka, macam orang ada masalah
Mudah meletihkan, mudah menjemukan

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah