MADAH baru 13


M46
Setiap satu ulasan nasi yang kita makan,  walaupun yang menciptakan Tuhan Yang Maha Esa, tapi orang yang terlibat dengan satu ulas nasi itu mungkin puluhan atau ratusan atau ribuan orang, baru sampai ke mulut kita.
Ertinya baru satu ulas nasi, sudah berapa banyak orang yang telah berjasa kepada kita, belum lagi perkara-perkara lain, tapi pernahkah kita berfikir dan sedar

M47
Setiap nikmat dari Allah yang sampai kepada kita itu, ribuan orang yang terlibat mengusahakannya.
Kalau kita menggunakan akalpun, sudah cukup menginsafkan dan menyedarkan kita, yang mana kita patut malu hendak sombong dengan mereka, justeru kalau bukan kerana  mereka, nikmat itu tidak akan sampai kepada kita.

M48
Diantara kelebihan orang mukmin itu, ialah musuh sentiasa gelisah, dan tidak tenang berhadapan dengannya,  sekalipun musuh-musuh itu sudah dapat mengalahkannya betapa pula kalau mereka dikalahkan oleh orang mukmin.

M49
Orang yang kuat jiwa kerana Tuhan,  mukanya selalu ceria  sekalipun ia di dalam ujian, seolah-olah dia macam tidak ada masalah, yang dia selalu susahkan ialah dosanya.

M50
Menghina dirilah kepada Allah, kerana kita memang hamba-Nya.
Jangan menghina diri kepada manusia justeru mereka juga sesama hamba.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah