MADAH baru 18

 
*M71*
Kesenangan dan kemewahan,selalunya
membawa kepada kesombongan dan kelalaian.
Kesusahan dan penderitaan itu,selalunya
membawa kekecewaan dan putus asa,
kecuali orang mukmin.

*M72*
Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu,
cepat melahirkan sifat marah,
suka memotong percakapan orang,
suka bermujadalah,
nampak di mukanya rasa tidak senang
jika ada orang lebih darinya di satu majlis,
cakap meninggikan suara,pantang ditegur,
tidak ada tanda-tanda kesal diatas kesalahan.

*M73*
Orang yang sudah hilang sifat marah,dayus.
cepat melahirkan sifat marah,lemah mujahadah.
Orang yang ada sifat marah
tapi dapat di sembunyikan,
kecuali di tempat-tempat munasabah,
inilah manusia normal.

*M74*
Orang yang tamak, merasa tidak cukup-cukup
ertinya sentiasa merasa miskin.Oleh itu
ia sentiasa memburu-buru yang belum ada.
Yang ada,adakalanya tidak sempat di gunakan
kerana terlalu sibuk memburu yang tiada,
fikiran berserabut,jiwa kusut,
fizikal letih selalu kerana tidak berehat.
Di dalam kesibukan inilah dia mati.

*M75*
Orang yang frust (sakit jiwa ,
atau kecewa,atau putus asa,
biasanya pergantungan dengan Allah terlalu lemah
atau tiada langsung.
Di sinilah pentingnya peranan iman
didalam kehidupan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah