*M1*
Lahirkanlah kemesraan kita sesama manusia, kerana itu adalah hak-Nya, tapi jagan putus hati kita dengan Allah, itu adalah hak-Nya pula
*M2*
Ingatkanlah lebih dahulu nikmat dari Allah sebelum makan dan sebagainya, agar kita terasa tidak punya apa- apa barulah kita sedar Allah itu siapa.
*M3*
Jika kita marah pada seseorang, jangan sampai tidak nampak lagi kebaikannya .Begitu juga jika suka pada seseorang, jgn sampai tidak nampak lagi kelemahannya.
*M4*
Kalau marah biarlah berpatutan, kalau suka biarlah juga berpatutan, supaya kita berada di dalam pertengahan. Sebaik- baik pekerjaan itu adalah pertengahan.
*M5*
Diantara perkara yang mudah diceritakan susah diamalkan, ialah sifat sabar kerana sabar itu ada hubungan dengan hati. Hati ada perasaan, lidah tidak ada perasaan cuma ada sentuhan.
No comments:
Post a Comment