*M11 ada Allah, akan mendorong dirinya mentaati suruhan- Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Jika salah satu daripada tiga ini tiada, seseorang itu tidak akan menjadi orang yang taat sekalipun dia seorang yang Alim.
*M12*
Diantara kebudayaan yang salah yang sering dilakukan oleh umat Islam tapi sudah tidak terasa lagi satu kesalahan ialah :
Manusia selalu mengucapkan, " Saya ikhlas ni."
Ikhlas bukan boleh diucapkan, ia adalah amalan hati. Malaikatpun tidak tahu kerana ia adalah rahsia Allah, hanya Allah sahaja yang tahu. Kerana itu ikhlas mana boleh diakui- akui.
*M13*
Orang yang ikhlas mengamalkan agama setiap masa, kerana Allah menghendaki demikian. Orang yang tidak ikhlas mengamalkan setelah terdesak, setelah kaedah- kaedah lain gagal berperanan
*M14*
Setiap nikmat yang kita terima hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya, hingga terasa malu memilikinya.
Tapi anugerah Tuhan kenalah terima, kemudian gunakanlah kepada yang diredhai-Nya.
Dengan itu kita akan selamat dari berbangga, terselamat dari kedekut, tamak, dan mudah dikorbankan kepada kebajikan
*M15*
Rasa kehambaan itu, bukan sekedar di dalam sembahyang saja tapi ia hendaklah dibawa ke mana-mana, kerana kita dimana- mana tetap saja hamba, agar sifat ketuanan tidak mengambil alih di dalam diri kita, supaya kita tidak sombong, megah, pemarah, hasad, sum'ah,ujub dan lupa daratan.
No comments:
Post a Comment