IKUT PROGRAM TUHAN


Hidup ini Tuhanlah yang menjadi tujuan
Segala apa yang hendak dibuat kerana Tuhan
Tuhan adalah menjadi idaman setiap insan
Menuju Tuhan ada jalannya yang tersendiri
Melalui sembahyang, puasa, zakat dan haji
Membaca Al Quran, zikir, selawat Nabi
Tafakur, berdoa, bersedekah, membantu dan berkhidmat kepada insan
Memperjuangkan agama-Nya, mengikut jalan-Nya
Jangan menuju Tuhan buat jalan sendiri
Kerana Tuhan, jangan buat program sendiri
Tapi Tuhan ada program-Nya, kena ikut program-Nya
Tuhan ada jadual, jangan buat jadual sendiri
Sekalipun niat kerana Tuhan
Tidak akan kesampaian jika buat jalan sendiri
Walaupun ingin kepada Tuhan
Namun tidak akan kesampaian jika jalan Tuhan tidak diikut
Oleh itu ingin kepada Tuhan, jangan memandai-mandai
Ingin kepada Tuhan, ikutlah jalan Tuhan
Perhatikan kehendak-Nya, suruhan dan larangan-Nya
Adab-adab dan disiplin-Nya
Jangan mereka-reka untuk menuju Tuhan
Tidak akan sampai kepada Tuhan
Tapi ia akan sampai kepada syaitan
Janganlah sampai tertipu di dalam perjuangan 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah