Islam Adalah Cara Hidup



Di antara ajaran Islam jika dapat nikmat bersyukurlah
Jika dapat ujian kesusahan sabarlah atau redha
Kalau membuat dosa bertaubatlah segera
Orang yang bersalah dengan kita maafkan sahaja
Jika kita yang bersalah dengan seseorang meminta maaflah
Jangan degil dan jangan keras kepala melakukannya
Begitulah perintah Allah Taala kepada kita
Orang yang membuat jahat kepada kita, berbuat baiklah kepadanya
Menolong orang sangat digalakkan
Seperti bersedekah kepada fakir miskin yang menderita
Bertemu orang Islam berilah salam
Seperti lakukan senyum dan mesra kepadanya
Dengan orang bukan Islam hendaklah membuat baik kepadanya
Kerana mereka makhluk Allah Taala juga
Kesusahan mereka kena bantulah juga
Sakit pening mereka ziarahlah tidak mengapa
Jiran kita kenalah jaga kehormatannya
Jiran yang susah kenalah kita membantunya
Sekali-sekala memberi hadiahlah kepadanya
Kegembiraan mereka kita ikut sama lahirkan gembira
Itulah dia di antara ajaran Islam untuk diamalkan di dalam kehidupan kita 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah