Buatlah apa sahaja biarlah bersama Tuhan
Berniaga dan carilah kehidupan sertakan Tuhan
Laksanakanlah apa sahaja jangan tinggalkan Tuhan
Tuhan hendaklah dibawa ke mana-mana
Tuhan sertakan di dalam perjuangan
Di dalam menuntut ilmu, jangan lupa Tuhan
Tuhan adalah segala-galanya
Ia modal hidup mati kita
Ia aset yang kekal abadi
Yang memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita
Tuhan kenalah ada di dalam sebarang hal dan keadaan
Jangan cuba tinggalkan Tuhan, kita akan kecundang
Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan
Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan
Tuhan adalah sangat diperlukan di dalam sebarang keadaan
Jangan tinggalkan Tuhan!
Jika Tuhan sudah ditinggalkan,
Sebarang kehidupan kita sudah tidak ada erti di dalam kehidupan
Begitulah besarnya Tuhan di dalam kehidupan insan
No comments:
Post a Comment