*M56*
Kuasa Allah itu amat hebat,
Dia boleh mengambil nikmat daripada kita sekelip mata,walaupun kita telah mengumpul ,
mencari dan mengusahakannya berpuluh tahun.
Di antara beberapa contoh :
i. Ada orang berpuluh tahun mengaji
hingga dapat PHD,
sudah terbayang di depan mata
akan dapat jawatan tinggi
dengan gaji besar yang lumayan.
Tak sempat pun memegang jawatan,
ia mati di langgar kereta.
ii. Seorang pegawai tinggi pencen,
kemudian dia dapat bonus beratus ribu,
sudah bersiap membeli itu dan ini
atau ingin diperniagakan.
selepas mengambilnya,
satu sen pun tak sempat di makan wangnya,
dia dirompak orang.
iii.Seorang petani yang berjaya,
membuat ladang dengan luas,
buah-buahan telah masak
beberapa hari saja lagi hendak di ketam,
datang banjir kilat,
habis di musnahkannya hasil
tanamannya itu,
dia tidak dapat apa-apa.
Banyak lagi contoh-contoh lain
yang lumrah berlaku
di dalam kehidupan kita
yang memperlihatkan kuasa Allah itu.
Tapi kebanyakan manusia
tidak mengambil pengajaran daripadanya.
*M57*
Selalulah rasa bersalah,
lebih-lebih lagi waktu bersalah
karena kita hamba.
Malulah kepada Tuhan
berhadapan dengan nikmat
dan di rasakan kita tidak layak menerimanya,
tapi Allah beri juga.
Juteru pada Allah,dunia ini tidak ada nilainya,
agar kita tidak merasa orang istimewa.
Baik sangkalah selalu dengan orang Mukmin,
kecuali orang itu masyhur kejahatan.
Setialah berkawan atau jangan berkawan
kalaulah kita tidak dapat memenuhi
syarat-syaratnya.
*M58*
Bagi orang yang terzalim,
janganlah bersusah hati
karena ada satu lagi
makna mahkamah Robbul Jalil
di Akhirat nanti yang akan mengadili.
Para penzalim janganlah senang hati,
kamu akan di bicarakan di akhirat nanti,
data dan fakta terang sekali.
Di waktu itu kamu sendiri berpuas hati.
*M59*
Amat sulit untuk berjiwa hamba setiap masa,
justeru ia berpunca dari rasa bertuhan.
Untuk merasa bertuhan setiap masa,
dan dibawa kemana-mana
tidak semudah yang diperkata,
dari sini timbul rasa kehambaan.
Itulah melahirkan akhlak yang mulia.
*M60*
Beretika di dalam hidup ini bukan dari jiwa,
ia lahir secara terpaksa daripada suasana,
seperti oleh peraturan dan undang-undang,
oleh adat dan budaya,oleh kedudukan,
yang tidak membolehkan dia tidak beretika.
Etika tidak akan kekal,karena itu dari luaran.
Di dalam Islam dikehendaki berakhlak mulia,
justeru ia lahir dari Iman dan sifat taqwa,
mudah kekal karena ia berpunca dari dalam
iaitu jiwa.
No comments:
Post a Comment