MADAH baru 12

 
M41
Kepercayaan bertuhan secara rambang semua orang mengakui sekalipun orang kafir, ini aqidah orang kafir.
Kepercayaan bertuhan secara ilmu ( aqli), setakat mengesahkan aqidah (asas aqidah), aqidah awamul muslimin belum ada kekuatan untuk beramal dengan serius.
Rasa bertuhan itu aqidah orang bertaqwa, aqidah ini boleh kontrol diri dan ibadahnya sudah serius dan halus.

M42
Orang yang rasa bertuhan setiap masa, orang ini dapat merasakan kehambaan setiap masa dan setiap tempat.
Untuk mendapatkan kedudukan ini memerlukan latihan dan memerlukan pimpinan guru yang bertaqwa.

M43
Setiap hamba Allah mestilah dapat mengekalkan rasa kehambaan setiap masa, agar dapat menghilangkan rasa kebesaran, sombong, riak, ujub, pemarah, yang sangat dilarang oleh Allah.

M44
Banyak orang percaya dengan Tuhan, tapi acuh tak acuh dengan Tuhan, seolah-olah macam Tuhan tidak ada, justeru tidak merujuk kepada Tuhan, di dalam sebarang hal.

M45
Setiap orang yang diberi kekayaan yang banyak, pangkat yang tinggi, kuasa yang besar, ilmu yang banyak, janganlah berbangga, justeru apa yang diberi oleh Allah itu, belum tentu dengan rahmat-Nya, boleh jadi dengan istidraj-Nya.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah