*M85*
Penyakit jasmani seluruh dunia, manusia ambil berat, mereka sangat takut ditimpa penyakit fizikal.
Dengan serius mereka melahirkan doktor untuk mengkaji, menyelidik, mengubat, mengawal, mempromosikan penyakit terutama yang merbahaya, mengesan sumber- sumber penyakit, meneliti ubat- ubatnya, menjaga makanan, membendong jangan menular.
Dokter-dokter penyakit lahir ini bukan sekadar mengingatkan, bukan setakat buat penerangan tapi turun tangan secara praktikal, memberi makan ubat, memprogramkan pesakit, patut dibedah,dibedahlah, patut direhat, direhatkanlah, patut ditidur , ditidurkanlah , patut dibuat gerakan fizikal, dilaksanakanlah, patut dipotong, dipotonglah,.
Setiap tahun direka alat-alat canggih pengesan penyakit, berbilion-bilion ringgit duit dikorbankan, padahal penyakit lahir ini merbahayanya, menderitanya di dunia, di akhirat beruntung, dia penghapus dosa atau meninggikan derajat seseorang di syurga.
Tapi penyakit rohani sangat merbahaya, di dunia melahirkan gejala masyarakat yang merosakkan, bukan sahaja diri orang itu, tapi agama, bangsa dan negara, di akhirat kelak masuk neraka, tapi tidak pula begitu di pandang merbahaya.
Mengubatinya sekedar ceramah- ceramah, forum, memberi ilmu ala kadar, tidak ada dokter kerohanian yang benar-benar terjun turun tangan, mendekati pesakit, tidak ada ubat yang tepat, tidak ada latihan, tidak ada program yang teratur, tidak begitu ada pencegahan dan larangan
Mengubatinya sambil lewa sahaja.
Pengorbanan wang ringgit memerangi penyakit kerohanian terlalu terbatas, doktor dan cara mengubatinya tidak ada berangkaian seluruh dunia seperti mana penyakit jasmani
*M86*
Jika kita mengingati dosa, tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
No comments:
Post a Comment