Kebesarqn Rasulullah SAW dapat dilihat pada peribadinya
Sekaligus ia adalah ayat Allah yang agung yang terserlah sebagai akhlaknya
Kehebatan Rasulullah SAW dapat dilihat pada peribadi para Sahabat
Para Sahabat adalah ayat Allah sebagai keagungan Rasul
Kebesaran Sahabat dapat dilihat pada peribadi para Tabi’in
Ia adalah ayat Allah sebagai keagungan para Sahabat
Para Tabi’in adalah hasil didikan para Sahabat
ridwanullahu alaihim
Adanya Tabi’in terserlahlah kebesaran para Sahabat
Keagungan para Tabi’in dapat dilihat pada diri para Tabiut Tabi’in
Ia adalah merupakan ayat Allah sebagai kehebatan para Tabi’in
Mereka para Tabi’inlah yang mendidik mereka hingga berjaya
Selepas Tabiut Tabi’in ayat Allah secara amnya sudah tidak terserlah lagi
Kebesaran dan kehebatan mereka secara menyeluruh sudah tidak wujud lagi
Ayat Allah yang berlaku pada peribadi mereka sudah terlalu minoriti
Kebesaran dan kehebatan mereka sudah tidak begitu dapat dilihat lagi
Daripada kita ini lebih-lebih lagi
Ayat Allah di dalam diri umat Islam hampir hilang
Kebesaran dan kehebatan mereka atas nama Islam sudah tidak kelihatan lagi
Yang ada pun mereka secara majoritinya adalah lambang-lambang kebesaran syaitan
Peribadi mereka menggambarkan keagungan dan kehebatan Barat
Kerana mereka adalah hasil didikan kafir keparat
No comments:
Post a Comment