MADAH BARU 9


26
Tidakkah kita merasa gerun, selepas nafas turun naik akan ditanya kemana digunakan, setiap anggota akan dipersoalkan, setiap harta akan ditanya, setiap jawatan akan dipertanggungjawab di hadapan Tuhan.
Setiap orang di bawah tanggungjawab kita akan dipersoalkan daripada sekecil-kecil habuk hingga sebesar manapun semuanya akan digeledah, diselongkar.
Apakah kita rasa selamat? 
Tanyalah diri sendiri berdasarkan sikap dan tindak tanduk kita dari sejak baligh, kita dapat mengagaknya.

M27
Manusia memberi makanan kepada binatang bermacam- macam cara 
adakalanya disuapkan ke dalam mulutnya,
adakalanya dilonggokkan di satu tempat, 
adakalanya diletakkan di sebuah bekas, 
adakalanya dilemparkan kemukanya, 
adakalanya dilemparkan dan ditabur merata-rata.
Pada haiwan itu mereka tidak tersa apa-apa yang mereka rasa, bangga mendapat makanan.
Tidak terasa apa- apa, bagaimana dia diberi makanan.
Begitulah Allah memberi rezeki kepada manusia bermacam- macam cara, 
ada secara bersih ada secara kotor, 
ada secara separuh bersih dan separuh kotor, 
ada secara terhormat, ada secara terhina, 
ada secara rahmat ada secara istidraj, tapi kebanyakan manusia tidak sedar. 
Kecuali golongan yang sedikit yang mata hati terbuka.

M28
Kalau kita bersandar dan menaruh harapan kepada makhluk seperti kepada suami, isteri, ibu bapa, pemimpin, kawan, kita akan kecewa.
Suami boleh mati atau ceraikan kita, isteri boleh lari atau mendatangkan masalah kepada kita, ibu bapa boleh mati atau sakit yang serius yang tidak boleh bertanggungjawab, pemimpin boleh mati atau menzalimi kita, kawan boleh lari atau pergi meninggalkan kita atau sakit yang tiada berupaya membela kita.
Oleh itu menyerah dirilah kepada Allah yang sempurna lagi berkuasa, yang tidak mati,tidak sakit, tidak tua dan tidak menzalimi kita 

M29
Kalau kita manusia mahu berfikir tidak ada sebab mengapa manusia itu mahu sombong dan berbangga.
Kejadian kita sama-sama hina dari air mani yang jijik.
Kesusahan sama-sama kena bentuknya sahaja yang tidak sama, setengah orang miskin, ada setengahnya sakit ada setengah orang ditimpa bencana alam, ada setengah orang ditimpa serangan bermacam- macam bala', sama-sama terpaksa ke jamban.
Ilmu bagaimana tinggipun hakikatnya Allah yang memberi
Lahirnya ada orang lain mengajarnya bukan dapat sendiri, pangkat besar, harta yang banyak, sepertilah ilmu tadi.
Kalau panjang umur sampai tua bangka yang tidak berguna, hanya menyusahkan keluarga menjaganya, selepas itu sama-sama merasa mati.
Di dalam kubur belum tentu selamat daripada kena pukul, di akhirat ke syurga atau ke neraka masih menjadi tanda tanya, apakah di dunia ini mahu sombong atau berbangga? 

M30
Banyak orang mencari kebahagiaan bukan dengan Tuhan tetapi dengan makhluk, padahal lumrah berlaku pada manusia, tapi manusia tidak juga mengambil iktibar dan pengajaran.
Ada isteri cantik banyak kerenah pula.
Banyak harta, ditimpa penyakit dengan bermacam jenis pula.
Ilmu banyak, kerana kesombongan manusia benci pula.
Pangkat tinggi, banyak pula orang benci kerana sikapnya.
Akhirnya kebahagiaan diburu tidak kunjung- kunjung tiba 
Setengah orang setelah kemewahan dunia dimiliki, Allah datangkan seribu satu masalah pada diri. 
Kebahagiaan berkecai di dalam nikmat yang satu ada dan mewah pula.
Oleh itu carilah Allah, Dia adalah sumber segala kebahagiaan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah