Tuhan Hiburan Mukmin Yang Bertaqwa



Ada orang di waktu ada masalah, hati gelisah,
untuk ketenangan, berhibur
dengan pemandangan yang indah.
Itu bukan caranya menghilangkan kegelisahan jiwa.
Melupakan sebentar masalah, kegelisahan tetap terpendam di hatinya.
Selepas pemandangan hilang, masalah dan gelisah subur semula.
Ada orang untuk menghilangkan tensionnya, 
pergi ke tempat-tempat hiburan.
Katanya hendak hilangkan ketegangan fikiran, ringankan penderitaan jiwa.
Itu hanya menyembunyikan penderitaan buat sementara, kita tidurkan dia.
Ia boleh lupakan kita sementara dan melupakan penderitaan jiwa seketika.
Apabila hiburan hilang, penderitaan jiwa datang semula.
Tidak kurang juga ada orang yang jiwanya tidak tenang, dia pun menonton filem.
Katanya untuk menghilangkan tekanan jiwa, mencari ketenangan konon.
Selesai sahaja menonton filem, tekanan jiwa menerkam jiwa semula.
Mungkin jiwanya bertambah derita.
Begitulah dia lakukan berulang-ulang untuk menyelesaikan masalah jiwa.
Lupa sekejap, kemudian menderita semula.
Jiwa derita atau gelisah bukan boleh diubat dengan perkara-perkara luaran.
Ubatnya ada di dalam jiwa manusia.
Hubungkan hati dengan Tuhan, 
suburkan rasa kehambaan di dalam jiwa, 
itulah ubatnya.
Fahamkan kerja Tuhan terhadap kita.
Jiwa akan tenang semula, gelisah akan reda.
Tuhan adalah hiburan buat Mukmin yang bertaqwa.
Hiburan luaran adalah hiburan yang sementara dan menipu daya.
Melupakan sekejap masalah, selepas itu resah gelisah semula.
Kalau diteruskan tanpa pandai mencari ubatnya, jiwa yang derita.
Akhirnya mungkin gila atau kecewa, akibatnya putus asa.
Setengah orang membunuh diri jalan penyelasaiannya.
Oleh kerana jahil, dia cari jalan yang mudah dan bodoh.
Lari daripada penderitaan yang kecil, 
masuk kepada penderitaan yang  maha besar, iaitu Neraka 
Wal'iyazubillah
 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah