Kekalkanlah Rasa-Rasa Itu Di Hatiku



Tuhan! Rasakanlah selalu di dalam hatiku kehebatan-Mu dan kebesaran-Mu.
Rasakanlah selalu di dalam hatiku Engkau menguasaiku selalu.
Ingatkanlah aku Engkau melihat, mendengar dan mengetahui.
Agar aku malu, takut dan merendah diri dengan-Mu.
Jadikanlah aku setiap yang dilihat, dimakan, terasa kuasa, kebesaran dan nikmat-Mu.
Kehebatan-Mu yang kurasa terasa kehinaan dan kelemahanku.
Menjadikan aku perlu kepada-Mu, cinta dan takut pada-Mu.
Kerana aku rasakan rahmat-Mu sentiasa Engkau anugerahkan kepadaku.
Agar itu semuanya aku tidak terasa ada milik apa-apa.
Apa yang ada adalah dari rahmat dan nikmat-Mu.
Agar aku malu kepada-Mu dan bersyukur selalu.
Dan mengharapkan rahmat dan nikmat itu dikekalkan kepadaku.
Tuhan!
Kalau Engkau kekalkan rasa-rasa itu, aku takut menyalahgunakan nikmat-nikmat itu.
Aku tidak megah dan sombong apa yang ada padaku.
Agar aku sedar segalanya itu adalah pemberian-Mu.
Tuhan! 
Boleh mengenang rahmat dan nikmat itu dari-Mu, ia adalah satu rahmat.
Tidak menyalah gunakan nikmat itu juga adalah satu rahmat.
Boleh bersyukur kerana nikmat, patut bersyukur di atas syukur.
Bersyukur kerana syukur, ia adalah rahmat di atas rahmat-Mu. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah