MADAH baru 130



*M791*
Zaman sekarang ini semakin pandai seseorang itu atau semakin kaya atau semakin tinggi pangkatnya, semakin susah lagi untuk berukhuwah, padahal golongan-golongan itulah yang sering melaung-laungkan perpaduan dan persatuan.

*M792*
Binatang- binatang buas seperti harimau, singa, tidak banyak berkawan, paling banyak 10 ekor, justeru tabiatnya selalu berkelahi dan suka monopoli, begitulah jenis manusia, apabila mereka pandai atau berkuasa atau kaya, kedudukan mereka itu kuat, kawan-kawan mereka sangat terbatas, kerana satu sama lain payah patuh mematuhi, atau ikut mengikuti, tidak seperti golongan bawahan, sedangkan golongan itulah yang menguasai masyarakat, bagaimanakah masyarakat boleh berpadu?!

*M793*
Apabila satu sama lain tidak ada kemesraan, mudah saja timbul curiga mencurigai, mudah salah faham, mudah timbul perbalahan.

*M794*
Apabila beramai-ramai berbincang-bincanglah dan bermuzakarah, apabila keseorangan berfikir-fikirlah, apabila hendak makan carilah kawan, perkara yang baik bergotong-royonglah. 

*M795*
Pantang larang sesuatu kaum elok ditinggalkan, adat resam mereka tidak mengapa dibuat, asalkan tidak melanggar syariat, agar keharmonian masyarakat, etnik atau kaum tidak cacat.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah