*M706*
Di akhir zaman, di zaman sains dan teknologi ini
orang ramai terkeliru dibuat oleh para pemimpin
atau cerdik pandai Islam, justeru tiada prinsip hidup,
ada kalanya bersemangat bercakap Islam,
di masa yang lain bercakap berdasarkan ideologi,
adakalanya bercakap bercampur ajaran Islam dengan ajaran ideologi,
belum lagi melihat sikap tingkah laku dan gerak gerik,
lagi mengelirukan,
hidup macam sesumpah,
selalu saja bertukar warna.
*M707*
Di akhir zaman, cerdik pandai dan orang besar dikalangan wanita,
susah mendapat jodoh,
tidak seperti dikalangan kaum bapa,
makin pandai atau makin berjawatan besar,
makin mudah mendapat jodoh.
*M708*
Di antara perkara yang menyeksakan hidup
di akhir zaman ialah
negara cantik tetapi tidak ada kawan,
hidup nafsi-nafsi ada masalah tanggung sendiri,
kalau mengadu samada dipeduli,
atau akan jadi bahan perli atau caci.
*M709*
Di akhir zaman jarang orang jadi pemimpin,
kerana ada kekuatan sendiri,
oleh itu untuk naik jadi pemimpin,
kena pijak tengkok kawan atau
kena jatuhkan dulu kawan di dalam organisasi,
atau beli undi, maka dapat pemimpin yang tidak sejati.
*M710*
Di akhir zaman ini,
bersembahyang di rumah
lebih baik,
daripada di masjid dan surau,
kerana di masjid dan di surau,
tidak ada disiplin diri,
kalau kita cuba melakukan boleh timbul sakit hati,
kalau begitu lebih baik di rumah sendiri,
dapat kita disiplinkan anak isteri.
No comments:
Post a Comment