Didikan Tuhan kepada manusia
sungguh sistematik dan menarik.
Indah, ada hujah, berkesan dan menyedarkan manusia.
Mula-mula Dia ingatkan rahmat dan nikmat-Nya hingga terasa kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya.
Selepas itu Dia suruh hamba-hamba-Nya bersyukur kepada-Nya dengan memuji-muji-Nya, tanpa berkongsi pujian dengan makhluk-Nya.
Sama ada memuji zat-Nya dan sifat-sifat-Nya, mahupun rahmat dan nikmat-Nya.
Setelah itu Dia menyedarkan fikiran manusia dan mengusik lagi fitrah mereka.
Dengan mengingatkan manusia Dia adalah pencipta alam, pentadbir, pendidik, pengawal, penjaga dan penyelamat semua.
Hingga manusia tersentak lagi dibuat-Nya, terasa lagi kehebatan-Nya.
Tuhan tubi lagi fikiran dan fitrah manusia cara Dia memberi nikmat kepada manusia
Tuhan berkata, orang jahat diberi nikmat atas dasar pemurah-Nya serta istidraj-Nya atau murka-Nya.
Cerita ini sangat menakutkan manusia hamba-hamba-Nya.
Orang yang baik diberi nikmat atas dasar kasih sayang-Nya adalah khabar gembira dari Tuhannya, kerana baik dan taqwanya seseorang itu, maka Dia meredhakannya.
Selepas itu Tuhan susul lagi
dengan memperlihatkan kebesaran-Nya lagi kepada manusia.
Tuhan memberitahu Dia adalah yang memiliki dan mempunyai kuasa mutlak tanpa berkongsi kuasa-Nya dengan makhluk-Nya.
Setelah Tuhan mempromosi diri-Nya pada manusia secara bertahap-tahap dan berperingkat-peringkat tanpa mengejut.
Hingga manusia faham dan terasa Maha Agungnya Tuhan dan Maha Berkuasanya Tuhan.
Dia adalah segala-galanya.
Setelah manusia terasa Dia adalah Tuhan dan Dia adalah tempat meminta, maka barulah Allah Taala menyuruh menyembah-Nya dan meminta tolong kepada-Nya.
Begitulah Tuhan (Allah) mendidik manusia yang para pemimpin, guru, ibu bapa mesti menirunya.
Didikan Tuhan itu kalau dijadikan panduan oleh setiap pemimpin, guru-guru, ibu bapa, manusia itu mudah dididik ke arah mencintai, menakuti dan mentaati Tuhannya.
No comments:
Post a Comment