*M836*
Kalau sama-sama ke masjid, sama-sama bersembahyang dan beribadah, tidak boleh disatukan hati dan fikiran, adalah mustahil di luar masjid boleh berlaku kesatuan jiwa dan fikiran.
*M837*
Kalau di dalam sembahyang tidak hadir rasa bertuhan adalah mustahil di luar sembahyang dapat melakukannya.
*M838*
Fikiran yang tidak digerakkan itu adalah culas, fizikal yang tidak diaktifkan itu adalah malas, jiwa yang tidak dihidupkan itu adalah lalai.
*M839*
Pembesar-pembesar zaman sekarang sudah hilang kemerdekaannya kerana program hidup mereka ditentukan oleh orang.
*M840*
Kalau masyarakat yang bermasalah, ditangani oleh golongan bermasalah, mungkin masalahnya tidak sama, diantaranya yang menangani dengan yang hendak ditangani, masalah masyarakat bukan sahaja tidak selesai tapi akan menambahkan masalah.
No comments:
Post a Comment